USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Wednesday 16 March 2016

APAKAH ITU MPPPU ?


Apakah itu MPPPU ?
Jawatankuasa ini dikenali dengan nama Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU)

Objektif MPPPU  adalah seperti berikut:
(a)   Memberi pengalaman kepada pelajar memilih pemimpin melalui proses pilihanraya kampus
(b)  Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan    organisasi dan kepimpinan
(c)  Merancang,mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan dengan   pengembangan dan kebajikan pelajar
(d)  Merancang,mengurus dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan
(e)  Membantu pihak pengurusan melaksanakan aktiviti MPPPU. 
(f)    Mewujudkan hubungan dengan Persatuan MPPPU sekolah lain dan MPPPU IPTA.
(g)  Mewujudkan hubungan dengan masyarakat setempat.
Keahliannya terdiri daripada semua pelajar yang mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 6
Tanggungjawab Ahli
·         Setiap ahli mestilah patuh kepada Perlembagaan Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti dan berpegang teguh kepada dasar dan objektijnya
·         Menghormati dan mematuhi Peraturan MPPPU dan peraturan persatuan sekolah.
·         Tidak dibenarkan menganggotai dan melibatkan diri secara rasmi dengan pertubuhan politik di dalam atau di luar Negara
·         Setiap ahli mestilah berusaha untuk melaksanakan dan mencapai objektif persatuan
·         Menunjukkan imej yang positif dan tidak mencemar nama baik MPPPU dan sekolah.

Hak Keahlian
·         Semua ahli berhak mengunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MPPPU dengan mematuhi peraturannya tanpa sebarang halangan kecuali telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi(AMT) MPPPU bahawasanya ahli tersebut telah tidak dibenarkan untuk menggunakan peralatan yang ditetapkan atau apa-apa jua peralatan atas alasan yang difikirkan munasabah bergantung kepada budi bicara AMT MPPPU.
·         Semua ahli berhak mengikuti semua aktiviti MPPPU tanpa sebarang halangan kecuali telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh AMT MPPPU atau bahawasanya ahli tersebut telah tidak dibenarkan untuk menghadiri aktiviti yang ditetapkan atau apa-apa jua aktiviti atas alasan yang difikirkan munasabah bergantung kepada budi bicara AMT MPPPU.
·         Semua ahli berhak mengetahui perkembangan dan perubahan dalam struktur organisasi serta pergerakan MPPPU.
·         Semua ahli berhak menyuarakan pandangan kepada MPPPU atau kepada pihak ketiga melalui MPPPU dengan menggunakan saluran-saluran yang beretika.

Organisasi MPPPU dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang terdiri       daripada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Ahli Majlis Mesyuarat (AMM, Biro-Biro)
(a)        Ahli Majlis Tertinggi
                        i.          Presiden
                        ii.         Timbalan Presiden 1
                        iii.        Naib Presiden
                           iv.        Setiausaha
                        v.         Naib Setiusaha
                        vi.        Bendahari
                        vii.       Naib Bendahari

(b)        Ahli Majlis Mesyuarat / Biro-Biro (AMM)
                        i.          Pengerusi dan Naib Pengerusi
                                    Biro Protokol dan Etika
                        ii.         Pengerusi dan Naib Pengerusi
                                    Biro Akademik & Intelektual 
                        iii.        Pengerusi dan Naib Pengerusi
                                    Biro Kebajikan dan Kerohanian 
                        iv.        Pengerusi dan Naib Pengerusi
                                    Biro Kebudayaan dan Patriotisme
                        v.         Pengerusi dan Naib Pengerusi
                                    Biro Media dan Penerbitan 
                        vi.        Pengerusi dan Naib Pengerusi
                                    Biro Sukan dan Rekreasi 
                        vii.       Pengerusi dan Naib Pengerusi
                                    Biro Ekonomi & Keusahawanan 
                        viii.      Pengerusi dan Naib Pengerusi
                                    Biro Sahsiah & Tugas-Tugas Khas


 Jawatankuasa Biro 
            Setiap biro terdiri daripada ahli tersebut:
i.          Pengerusi(dilantik melalui pilihanraya)
ii.         Naib Pengerusi(dipilih oleh Pengerusi Biro)
iii.        Setiausaha(dipilih oleh Pengerusi Biro)
iv.        Empat orang Ahli Jawatamkuasa Biro(dipilih oleh Pengerusi Biro)



No comments:

Post a Comment