USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Wednesday 16 March 2016

Bidang Tugas AJK Majlis Perwakilan Pelajar Pra U (MPPPU) STS


Tugas Utama Ahli Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 
Merancang dan mengendalikan program pelajar ke arah membudayakan
1. Budaya Ilmu
2. Gaya Hidup Sihat
3. Kepimpinan
4. Berakhlak Mulia
5. Profesional
6. Estetika
7. Penyayang 

Tugas Khusus Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Presiden / Timbalan Presiden
• Mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Memantau mesyuarat bulanan biro Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Menerima dan memanjangkan arahan pihak pentadbiran
• Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pentadbiran dan pelajar.
• Menjaga kebajikan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan pelajar Pra U.
• Membantu pihak pengurusan Tkn 6 memantau disiplin dan sahsiah pelajar
• Menjadi penghubung antara pentadbiran dengan pelajar dan antara pelajar dengan pentadbiran.
• Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat wakil pelajar Pra U
·   Mengurus dan menyelia perjalanan perhimpunan pagi. 

Naib Presiden
• Memangku tugas Presiden / Timbalan Presiden
• Menjaga kebajikan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan pelajar Pra U
• Bertindak sebagai jawatankuasa perhubungan dengan MPPU yang lain.
• Menjaga kebajikan ketua-ketua Biro.
• Mengawasi perjalanan aktiviti setiap Biro dan program MPPPU 
• Menerima arahan dari Presiden dan pihak pentadbiran  

Setiausaha / Naib Setiausaha
• Menguruskan urusan surat menyurat
• Menyediakan surat jemputan mesyuarat bulanan/ tergempar atas arahan Presiden / Timbalan Presiden
• Menyediakan laporan bulanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Minit Mesyuarat
• Menyediakan kertas kerja aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Menerima arahan dari Presiden / Timbalan Presiden / Naib Presiden 

Bendahari / Naib Bendahari
• Menguruskan segala urusan berkaitan kewangan
• Merancang pengurusan dan sumber kewangan MPPPU
• Menubuhkan badan tindakan ekonomi MPPPU
• Menguruskan kewangan setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh MPPPU
• Menyediakan laporan kewangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Menerima arahan dari Presiden dan Timbalan Presiden

Tugas Khusus Barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Biro Kebajikan dan Kerohanian
• Pengerusi melantik dan menubuhkan jawatankuasa biro dan badan kebajikan pelajar.
• Mewujudkan jawatankuasa kecil yang melibatkan semua pelajar  
• Merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan moral
• Mengimarahkan dan gotong royong di surau
• Membudayakan akhlak mulia dalam kalangan pelajar
• Menerima arahan dari pihak Presiden & Timbalan Presiden.
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Merancang dan laksanakan aktiviti pelajar melibatkan kebajikan pelajar
• Menguruskan kutipan derma kilat dan tabung kebajikan pelajar 

Biro Sahsiah dan Tugas-Tugas Khas
   Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden terlibat secara langsung.
·  Membantu guru disiplin.
·  Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Menguruskan aduan pelajar
• Mengurus, merekod dan mengambil tindakan dengan kerjasama guru-guru.
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Menerima arahan dari Presiden dan Timbalan Presiden
· Melaksanakan tugasan-tugasan dari masa ke semasa. 
Biro Sukan Dan Rekreasi
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Menguruskan semua perkara berkaitan sukan
· Mengurus dan menyelia penyertaan pelajar dalam kejohanan-kejohanan sukan
· Membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar 
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan 
• Menerima arahan dari Presiden dan Timbalan Presiden.
Biro Media Dan Penerbitan
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Mengurus dan menerbitkan majalah tahunan /  risalah bulanan / mingguan
• Menghebah dan menerangkan segala aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan institute kepada pelajar melalui bahan cetakan seperti risalah, dan lain-lain alat komunikasi.
• Menjalankan sesi fotografi dan rakaman untuk majalah, risalah dan dokumentasi aktiviti  pelajar
• Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk membudayakan budaya professional dalam kalangan pelajar 
• Mengurus dan menyelia penerimaan surat tidak rasmi pelajar
• Mengurus dan menyelia papan kenyataan, laman sesawang dan blog MPPPU
• Merancang dan melaksanakan aktiviti Biro.
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Menerima arahan dari Presiden dan Timbalan Presiden.

Biro Kebudayaan Dan Patriotisme
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Merancang dan menjalankan aktiviti ke arah membudayakan budaya estetika dalam kalangan pelajar dalam masa yang sama tidak mengabaikan unsur seni dalam budaya masyarakat Malaysia
• Menguruskan acara keramaian seperti Hari Guru, Bulan Kemerdekaan, dan lain-lain.
• Mengurus dan menyelia aktiviti kebudayaan pelajar
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Menerima arahan dari Presiden dan Timbalan Presiden 
 Biro Akademik dan Intelektual
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Bertindak sebagai platform rasmi urusan peperiksaan, pusat sumber dengan unit-unit pentadbiran berkaitan.
• Membantu unit peperiksaan  akademik untuk menganjurkan aktiviti akademik berunsurkan subjek akademik.
• Mentadbir dan memantau tugasan Ketua-ketua unit bagi setiap ambilan.
• Merancang aktiviti ke arah membudayakan budaya ilmu dan kepimpinan.
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Merancang dan mengadakan perbincangan, mesyuarat, perjumpaan dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat dan pendapat daripada ketua unit.
• Merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan untuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Mengawasi perjalanan aktiviti setiap unit dan program MPPPU
• Menerima arahan dari Presiden dan Timbalan Presiden.
 Biro Protokol dan Etika
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Bertindak sebagai platform rasmi urusan majlis rasmi.
• Merancang dan mengadakan kursus berkaitan protocol dan etika untuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Mengawasi perjalanan aktiviti setiap unit dan program MPPPU
• Menerima arahan dari Presiden dan Timbalan Presiden.
 Biro Ekonomi dan Keusahawanan
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Merancang dan mengadakan kursus berkaitan ekonomi dan keusahawanan
·   Membantu menambahkan dana tabung MPPPU.
·   Merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan ekonomi dan keusahawanan
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Mengawasi perjalanan aktiviti setiap unit dan program MPPPU
• Menerima arahan dari Presiden dan Timbalan Presiden.

No comments:

Post a Comment