KEM PENCETUS HARI ESOK
Kem
Pencetus Hari Esok atau dikenali sebagai Kem PHE telah diadakan pada tarikh 10
Februari hingga 12 Februari 2017 bersamaan dengan hari Jumaat hingga Ahad. Kem
ini diadakan untuk membina jati diri pelajar Pra Universiti dan Universiti.
Kebanyakan pelajar yang menyertai kem itu merupakan pelajar tingkatan 6 seluruh
Segamat. Kem itu dikelolakan oleh 2 orang pegawai Biro Tatanegara ( BTN ) iaitu
Encik Zuraimi bin Yaakob dan Encik Hafizuddin.
Kem
itu juga disertai hampir 20 orang fasilitator sukarelawan dan 150 orang peserta
tingkatan 6. Terdapat aktiviti indoor dan outdoor yang telah disediakan oleh
para fasilitator dan BTN. Antaranya ialah Slot Kepimpinan, Slot Kemahiran
Komunikasi, Slot Keusahawanan I dan II, Slot Kesukarelawanan dan Slot Perpaduan
bagi aktiviti indoor. Aktiviti outdoor pula ialah jelajah Gunung Pulai.
Kem yang menyeronokkan ini diakhiri
dengan kemenangan Presiden MPPT6 Sekolah Tinggi Segamat sendiri iaitu saudara
Ho Ze Min sebagai pelajar terbaik sepanjang kem. Aktiviti ini amat dialakkan
untuk membina jati diri para pelajar tingkatan 6 selain belajar dan aktiviti di
sekolah. Aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan antara pelajar dan
meningkatkan pengetahuan mereka tentang kehidupan selepas alam persekolahan.
Sijil dan sedikit saguhati diberikan buat pelajar yang menyertainya.
No comments:
Post a Comment