USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Saturday, 15 April 2017

BENGKEL PENGURUSAN DIRI

BENGKEL PENGURUSAN DIRI


            Pada 7 Februari 2017 bersamaan dengan hari Selasa yang lalu, ahli MPPT6 telah berjaya mengadakan sebuah aktiviti yang bermanfaat untuk kesemua ahlinya yang terdiri daripada 93 ahli iaitu Bengkel Pengurusan Diri yang dihadiri oleh Encik Mohd Ariff bin Yusof selaku penceramah pada hari tersebut. Encik Ariff merupakan Kaunselor Organisasi PPD Segamat yang sangat berpengaruh di daerah Segamat. Bengkel tersebut telah diadakan di Dewan Hibiscus STS.

            Majlis berjalan dengan lancar yang dimulakan seawal jam 7.20 pagi. Program diisi dengan pelbagai info mengikut kreativiti penceramah telah disampaikan dengan penggunaan video dan nasihat yang diberikan. Program Berjaya dijalankan dengan jayanya dengan bantuan seluruh warga MPPT6. Program berakhir pada jam 8.50 pagi. Program ini juga menyediakan sijil buat semua ahli MPPT6 yang Berjaya menghadirinya.



No comments:

Post a Comment