Pada 8,9, dan 10 mac 2016,
sekolah tinggi segamat telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke kuala
lumpur, putrajaya . Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan
am dalam kalangan pelajar serta menjana pengalaman di tempat yang dituju. Lawatan
ini di sertai oleh pelajar tingkatan 6 atas seramai 59
dan diiringi 7 orang guru. Kami telah melawat ke tempat yang menarik
seperti Parlimen Malaysia , Percetakan Karangkraf, Beryl’s Chocolate, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Sekolah Tinggi Kajang. Kami juga sempat mengisi
masa untuk membeli-belah di IOI City Mall,Putrajaya, dan Bangigateaway.
Tempat pertama yang kami lawati
ialah Parlimen Malaysia. Setiba di sana, kami bertuah kerana satu persidangan
sedang dijalankan. Kami dapat menyaksikan persidangan secara langsung.
Kemudian, lawatan kami
diteruskan ke Karangkraf. Ketibaan kami disambut oleh Cik Kesuma, Pegawai
Pemasaran Media Karangkraf. Kami telah diberi penerangan tentang
proses penghasilan produk Karangkraf seperti novel-novel, majalah-majalah, dan
buku-buku. Cik Kesuma juga membawa kami melawat ke bahagian Media dan kilang
percetakkan buku-buku. Di hujung lawatan, kami menerima buah tangan dari pihak
Karangkraf. Kami juga berpeluang membeli belah di kedai buku Karang kraf. Pada
waktu malam, kami pergi ke IOI City Mall.
Seterusnya, hari terakhir kami
pergi ke Sekolah Tinggi Kajang (STK). Ketibaan kami di STK disambut
dengan meriah. Cara kami disambut sangat unik dan menarik. Pelajar
STK beratur sambil memegang nama kami . kami perlu mencari nama dan pasangan
kami. Selepas itu, kami diarak masuk kedalam dewan dengan diiringi dengan
paluan kompang. Selain itu, kami dihiburkan dengan persembahan koir dan tarian
inang. Selepas pengucapan dari tuan pengetua STK dan ketua rombongan kami ,
Cikgu Shariff . kami dijamu sarapan pagi. Aktiviti seterusnya, akitiviti
dengan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
senaman otak dan senaman aerobik. Tambahan lagi, kami menjalankan
permainan berkumpulan. Setelah berakhir aktiviti tersebut, kami
dibawa mengelilingi sekolah mereka. kami dapati sekolah mereka sangat unik dan
sangat bersejarah. Kami juga dibawa ke blok-blok tingkatan dan tempat
bersejarah. Kami dapat melihat kawasan bersejarah seperti lubang jepun dan
kawasan pengeboman. Setelah tamatnya segala aktiviti, kami bergerak ke
Kementerian Belia dan Sukan.
Kesimpulannya,
kami dapat pelbagai info yang menarik dan terkini terutamanya tentang kemasukan
ke university-universiti yang terkemuka di Malaysia. Akhirnya, kami
dapat menimba ilmu dan dapat rakan-rakan baru yang kelakar, peramah dan
bermacam-macam ragam. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment