Pesta Layang-Layang Sedunia
merupakan satu acara tahunan yang melibatkan penyertaan dari pelbagai negara
termasuk Jepun, China, Thailand dan lain-lain lagi. Pesta ini telah diadakan di
Padang Layang-Layang, Pasir Gudang pada setiap tahun dan tahun ini adalah tahun
ke-21 pesta ini diadakan. Pesta Layang-Layang Sedunia ini diadakan selama 5
hari iaitu daripada 24 hingga 28 Februari 2016. Pada masa yang sama, terdapat
juga pertandingan layang-layang yang diadakan bagi mempertandingkan pelbagai
jenis laying-layang dan wau. Pertandingan ini juga dimeriahkan dengan peserta
dari pelbagai sekolah di seluruh Malaysia serta sekolah-sekolah Asian. Seramai
6 orang pelajar iaitu 2 pasukan dari Sekolah Tinggi Segamat telah mengambil
bahagian dalam pertandingan tersebut beserta diiringi oleh seorang guru. Segala
persiapan layang-layang dan wau telah kami mulakan sejak 2 minggu sebelum
tibanya masa untuk ke pertandingan tersebut walaupun kami menyiapkannya dalam
masa yang singkat namun, semuanya dapat kami sediakan dengan sempurna.
Pada 23 Februari 2016, kami
iaitu 6 orang pelajar serta guru pengiring telah bertolak ke Pasir Gudang pada
jam 7 pagi. Perjalanan untuk ke destinasi tersebut telah mengambil masa selama
3 jam. Setelah itu, pada jam 10 pagi peserta sampai ke lokasi yang dituju.
Bermula dari 24 Februari 2016,
pertandingan dimulakan dengan acara menaikkan wau bulan iaitu dari jam 9 pagi.
Namun begitu, akibat daripada cuaca yang tidak menentu pertandingan menaikkan
wau bulan tersebut terpaksa ditunda dan digantikan pada keesokan harinya. Pada
25 Februari 2016, acara menaikkan wau bulan disambung semula dan akhirnya acara
ini selesai dengan aksi-aksi yang menarik. Pada keesokan harinya iaitu 26
Februari 2016, pertandingan diteruskan pula dengan acara menaikkan wau rokkaku.
Seterusnya,tibalah hari terakhir pertandingan iaitu pada 27 Februari 2016 di
mana pertandingan bagi acara menaikkan laying-layang 2D dan train kite. .
Namun begitu, pada setiap petang kami dibawa ke Bukit Layang-Layang
oleh guru pengiring kami di mana terdapat jual-jualan sempena Pesta
Layang-Layang Sedunia tersebut.
Sepanjang berlangsungnya Pesta
Layang-Layang Sedunia ini, kami telah menimba banyak pengalaman. Dengan
mengambil bahagian dari pertandingan ini kami dapat merapatkan jurang
persahabatan serta meningkatkan nilai kerjasama dalam menjayakan pertandingan
ini. Walaupun terdapat banyak halangan dan dugaan yang menimpa namun, ianya
tidak mematahkan semangat kami untuk terus bertanding.
.
No comments:
Post a Comment