USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Wednesday 27 April 2016

SUMBANGAN DERMA KEPADA MANGSA KEMALANGAN

             Pada pertengahan bulan mac yang lalu seorang pelajar tingkatan 6 Sekolah Tinggi Segamat dari kelas U6A1 telah terlibat dalam kemalangan jalan raya . Kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah kereta yang melakukan lintasan secara haram dan mengakibatkan perlanggaran antara kereta dan pelajar tersebut.
            Perlanggaran tersebut telah mengakibatkan kecederaan yang agak teruk kepada mangsa. Mangsa telah patah tulang peha sebelah kiri dan menjalani pembedahan bagi memasukkan besi . Kos pembedahan tersebut memakan belanja sebanyak RM 1100 . Jadi warga Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti Sekolah Tinggi Segamat berasa simpati dan bekerjasama mengedarkan tabung kecemasan kepada seluruh warga sekolah bagi menampung kos pembedahan tersebut
           Diharapkan sedikit sebanyak sumbangan yang telah diberikan dapat meringankan beban kepada keluarga mangsa.






No comments:

Post a Comment