USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Wednesday 27 April 2016

KARNIVAL TINGKATAN 6 ( 28 - 29 MAC 2016 )

      Karnival Tingkatan 6 telah dijalankan pada 28 dan 29 Mac 2016. Pelbagai aktiviti telah dipertandingkan. Antaranya ialah Sketch Competition, Public Speaking, Bowling, Pengucapan Awam dan Perbahasan ala Parlimen. Sekolah Tinggi Segamat telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini. Karnival ini melibatkan semua sekolah Tingkatan 6 di Daerah Segamat iaitu sebanyak 10 buah sekolah.

            Pada 28 Mac 2016, pertandingan Bahas ala Parlimen diadakan di SMK Buluh Kasap manakala, pertandingan bowling pula diadakan di Pusat Bowling di Segamat. Sebahagian daripada pelajar Sekolah Tinggi Segamat telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Pada keesokan harinya iaitu 29 Mac 2016 pula pertandingan telah diadakan bagi setiap acara yang diadakan. Antara pertandingan yang diadakan pada hari tersebut ialah Sketch Competition, Public Speaking, Pengucapan Awam serta Bahas ala Parlimen bagi peringkat separuh akhir dan akhir. Semua acara diadakan secara serentak dan mengambil masa sehingga jam 12 tengahari.

            Seterusnya, pada jam 12.30 tengahari tibalah masa untuk Majlis Penutupan Karnival Tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Segamat yang dihadiri oleh Encik Azman bin Adnan. Majlis penutupan ini juga telah dimeriahkan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan. Walaubagaimanapun, sudah menjadi adat dalam pertandingan di mana ada yang menang da nada yang kalah. SMK Dato’ Bentara Dalam telah menjadi johan keseluruhan dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan. Namun, bagi yang kalah pula pastinya mereka telah berusaha sedaya upaya bagi melakukan yang terbaik untuk Karnival Tingkatan 6 ini.


            Secara keseluruhannya, para pelajar Tingkatan 6 Sekolah Tinggi Segamat telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik serta bertungkus lumus membantu guru-guru untuk menguruskan Karnival Tingkatan 6 ini dengan sebaiknya. 

















































































No comments:

Post a Comment