USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Monday 21 March 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR,PUTRAJAYA DAN SELANGOR ( 8 - 10 MAC 2016 )

Pada 8,9, dan 10 mac 2016, sekolah tinggi segamat telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke kuala lumpur, putrajaya . Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan  pengetahuan am dalam kalangan pelajar serta menjana pengalaman di tempat yang dituju. Lawatan ini di sertai oleh  pelajar tingkatan 6 atas  seramai 59 dan diiringi 7 orang guru.  Kami telah melawat ke tempat yang menarik seperti Parlimen Malaysia , Percetakan Karangkraf, Beryl’s Chocolate, Dewan Bahasa dan Pustaka,  Sekolah Tinggi Kajang. Kami juga sempat mengisi masa untuk membeli-belah di IOI City Mall,Putrajaya, dan Bangigateaway.     











Tempat pertama yang kami lawati ialah Parlimen Malaysia. Setiba di sana, kami bertuah kerana satu persidangan sedang dijalankan. Kami dapat menyaksikan persidangan secara langsung.

Kemudian, lawatan kami diteruskan ke Karangkraf. Ketibaan kami disambut oleh Cik Kesuma, Pegawai Pemasaran Media Karangkraf.  Kami telah diberi penerangan tentang proses penghasilan produk Karangkraf seperti novel-novel, majalah-majalah, dan buku-buku. Cik Kesuma juga membawa kami melawat ke bahagian Media dan kilang percetakkan buku-buku. Di hujung lawatan, kami menerima buah tangan dari pihak Karangkraf. Kami juga berpeluang membeli belah di kedai buku Karang kraf.  Pada waktu malam, kami pergi ke IOI City Mall.



 

















 







 










Seterusnya, hari terakhir kami pergi ke Sekolah Tinggi Kajang (STK).  Ketibaan kami di STK disambut dengan meriah.  Cara kami disambut sangat unik dan menarik. Pelajar STK beratur sambil memegang nama kami . kami perlu mencari nama dan pasangan kami. Selepas itu, kami diarak masuk kedalam dewan dengan diiringi dengan paluan kompang. Selain itu, kami dihiburkan dengan persembahan koir dan tarian inang. Selepas pengucapan dari tuan pengetua STK dan ketua rombongan kami , Cikgu Shariff . kami dijamu sarapan pagi. Aktiviti seterusnya,  akitiviti dengan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senaman otak dan senaman aerobik. Tambahan lagi, kami menjalankan permainan  berkumpulan. Setelah berakhir aktiviti tersebut, kami dibawa mengelilingi sekolah mereka. kami dapati sekolah mereka sangat unik dan sangat bersejarah. Kami juga dibawa ke blok-blok tingkatan dan tempat bersejarah. Kami dapat melihat kawasan bersejarah seperti lubang jepun dan kawasan pengeboman. Setelah tamatnya segala aktiviti, kami bergerak ke Kementerian Belia dan Sukan. 











                                           














 






           
           Destinasi kami yang terakhir sebelum pulang ke Segamat., kami menuju ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami berpecah kepada 2 kumpulan mengikut aliran kemanusiaan dan sains. Kami diberi penerangan tentang kelayakan kemasukan ke UKM. 

            Kesimpulannya, kami dapat pelbagai info yang menarik dan terkini terutamanya tentang kemasukan ke university-universiti yang terkemuka di Malaysia.  Akhirnya, kami dapat menimba ilmu dan dapat rakan-rakan baru yang kelakar, peramah dan bermacam-macam ragam.  Sekian, terima kasih.  



No comments:

Post a Comment