USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Monday 21 March 2016

FESTIVAL LAYANG - LAYANG SEDUNIA ( 24 - 28 FEBRUARI 2016 )

          Pesta Layang-Layang Sedunia merupakan satu acara tahunan yang melibatkan penyertaan dari pelbagai negara termasuk Jepun, China, Thailand dan lain-lain lagi. Pesta ini telah diadakan di Padang Layang-Layang, Pasir Gudang pada setiap tahun dan tahun ini adalah tahun ke-21 pesta ini diadakan. Pesta Layang-Layang Sedunia ini diadakan selama 5 hari iaitu daripada 24 hingga 28 Februari 2016. Pada masa yang sama, terdapat juga pertandingan layang-layang yang diadakan bagi mempertandingkan pelbagai jenis laying-layang dan wau. Pertandingan ini juga dimeriahkan dengan peserta dari pelbagai sekolah di seluruh Malaysia serta sekolah-sekolah Asian. Seramai 6 orang pelajar iaitu 2 pasukan dari Sekolah Tinggi Segamat telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut beserta diiringi oleh seorang guru. Segala persiapan layang-layang dan wau telah kami mulakan sejak 2 minggu sebelum tibanya masa untuk ke pertandingan tersebut walaupun kami menyiapkannya dalam masa yang singkat namun, semuanya dapat kami sediakan dengan sempurna.







Pada 23 Februari 2016, kami iaitu 6 orang pelajar serta guru pengiring telah bertolak ke Pasir Gudang pada jam 7 pagi. Perjalanan untuk ke destinasi tersebut telah mengambil masa selama 3 jam. Setelah itu, pada jam 10 pagi peserta sampai ke lokasi yang dituju.    


Seterusnya, kesemua peserta dikehendaki untuk menginap di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang tersebut sepanjang pertandingan ini diadakan..   



Bermula dari 24 Februari 2016, pertandingan dimulakan dengan acara menaikkan wau bulan iaitu dari jam 9 pagi. Namun begitu, akibat daripada cuaca yang tidak menentu pertandingan menaikkan wau bulan tersebut terpaksa ditunda dan digantikan pada keesokan harinya. Pada 25 Februari 2016, acara menaikkan wau bulan disambung semula dan akhirnya acara ini selesai dengan aksi-aksi yang menarik. Pada keesokan harinya iaitu 26 Februari 2016, pertandingan diteruskan pula dengan acara menaikkan wau rokkaku. Seterusnya,tibalah hari terakhir pertandingan iaitu pada 27 Februari 2016 di mana pertandingan bagi acara menaikkan laying-layang 2D dan train kite. . Namun begitu, pada setiap petang kami dibawa  ke Bukit Layang-Layang oleh guru pengiring kami di mana terdapat jual-jualan sempena Pesta Layang-Layang Sedunia tersebut.













 







 








Sepanjang berlangsungnya Pesta Layang-Layang Sedunia ini, kami telah menimba banyak pengalaman. Dengan mengambil bahagian dari pertandingan ini kami dapat merapatkan jurang persahabatan serta meningkatkan nilai kerjasama dalam menjayakan pertandingan ini. Walaupun terdapat banyak halangan dan dugaan yang menimpa namun, ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus bertanding.
.

No comments:

Post a Comment