LAWATAN ILMIAH KE MELAKA, KUALA LUMPUR
DAN PUTRAJAYA
\
Tanggal
14 Mac hingga 16 Mac 2017, MPPT6 di bawah bimbingan Tuan Haji Mohamad Sharif
bin Ibrahim telah menyertai lawatan ilmiah ke Melaka, Kuala Lumpur dan
Putrajaya. Lawatan tersebut sememangnya diadakan pada setiap tahun buat pelajar
Tingkatan 6 di STS. Lawatan tersebut berjaya disertai oleh kesemua pelajar
tingkatan 6 STS dan 12 orang guru pembimbing.
Kesemua
pelajar dan guru menaiki 3 buah bas sepanjang lawatan tersebut. Lawatan yang
diadakan selama 3 hari 2 malam tersebut sangat berbaloi kerana makanan dan
penginapan ditaja oleh VIP-VIP tertentu seperti Menteri Belia dan Sukan dan
Menteri Kesihatan. Pada hari pertama, kami melawat Universiti Teknikal Melaka
dan Dewan Undangan Negeri Melaka. Kemudian, kami melawat IPG Perempuan Melaka
dan membuat sedikit khidmat masyarakat di sekitar blok-blok mereka. Malam
pertama juga kami menginap di sana. Pada malamnya kami menghabiskan masa di
Dataran Pahlawan Melaka dan pulang pada jam 10 malam.
No comments:
Post a Comment