Sambutan Bulan
Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor berlangsung pada 16 Ogos 2016 di Dataran
Segamat. Program ini melibatkan 20 pelajar Tingkatan Enam Atas dan 9 orang
pelajar Tingkatan Empat serta 3 orang guru pengiring. Sambutan ini dirasmikan
oleh Pengerusi J/W Perpaduan Dan Sumber Manusia, YB Encik Vidyananthan a/l
Ramanadhan.
Majlis bermula
kira-kira 8.30 pagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik. Kemeriahan majlis amat
dirasai berikutan dengan kehadiran para tetamu yang berbilang kaum.
Tetamu-tetamu yang hadir begitu gembira dengan penyusunan program yang lancar
dan sistematik. Majlis tamat pada jam 10 pagi dengan tepukan yang genuruh
daripada semua yang hadir.
No comments:
Post a Comment