Pada 27 hingga 28 Januari 2016
para pelajar dan guru tingkatan 6 telah menjalankan program khidmat masyarakat
di INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA . Program tersebut merupakan buat
kali kedua setelah berjaya dilakukan pada tahun 2015 . Tujuan program tersebut
dijalankan adalah untuk menyumbang tenaga melakukan khidmat bakti selain dapat
memenuhi takwin tahunan aktiviti MPPPU STS. Program khidmat masyarakat ini
juga telah mendedahkan kepada para pelajar bahawa mereka harus bergiat
aktif dalam menyertai aktiviti - aktiviti kemasyarakatan seperti ini
untuk memperoleh pelbagai nilai yang positif . Secara tidak
langsung dengan adanya program seperti ini dapat memperkukuhkan lagi
hubungan persaudaraan antara pihak PRA U Sekolah Tinggi Segamat dan IPG
PEREMPUAN MELAYU MELAKA .
Pada hari yang berikutnya para pelajar dan guru tingkatan 6 telah mengadakan lawatan ilmiah ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan DUN MELAKA
No comments:
Post a Comment