USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Tuesday, 9 February 2016

PRAUNIVERSITI : ANTARA PILIHAN DAN HARAPAN


Tingkatan 6 atau prauniversiti merupakan satu daripada saluran untuk pelajar meneruskan pengajian selepas SPM.  Pembaharuan dalam Tingkatan 6 sejak tahun 2013 adalah bertujuan menyediakan pelajar yang berdikari untuk persediaan ke universiti.  Para guru Tingkatan 6 pula berperanan sebagai fasilitator yang berkesan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar. 

            Mengimbas kembali petikan kata-kata Tan Sri Dato’ Hj Alimudin bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam Utusan Malaysia, 14 Jun 2008 iaitu :

            `Tingkatan Enam perlu dibezakan dengan menengah biasa kerana ia adalah peringkat yang lebih tinggi dalam sistem persekolahan.’

            `Pendidikan Pra-U di Tingkatan Enam seharusnya sama dengan persekitaran di Kolej Matrikulasi, IPG dan IAB yang sistem pembelajarannya sama seperti universiti.’

            Para pelajar Tingkatan Enam diharapkan menjadi lebih matang, berdikari dan berfikiran bijak dalam apa jua tindakan .  Pembelajaran perlu dijalankan secara fleksibel.   Seterusnya dapat menyediakan diri setiap pelajar untuk pembelajaran di universiti melalui sistem penyampaian ala universiti. Pelajar harus sedia berubah iaitu tidak mengharapkan 100% dapatan ilmu daripada guru-guru.  Belajar dan bekerjasama dengan rakan secara berpasukan. 

            Setelah mengorak langkah untuk berada di Tingkatan Enam, maka tidak perlu ada rasa terkilan dan keraguan kerana dalam masa setahun setengah sahaja impian para pelajar dapat menjadi kenyataan berbekalkan usaha keras yang konsisten.  Ini semua bergantung kepada niat pelajar.  Niat dan azam yang baik akan mempamerkan daya usaha dan tindakan yang sentiasa inginkan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

-       HASLINA HASSAN –

Guru Akademik Tingkatan 6, STS

No comments:

Post a Comment