USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Wednesday 8 April 2020

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN

LAWATAN KOLEJ AMIK MITRA GAMA KE SEKOLAH TINGGI SEGAMAT DAN KUALA LUMPUR





Pada 3 April hingga 6 April 2019, Majlis Perwakilan Pelajar dari Kolej Amik Mitra Gama, Indonesia telah mengadakan Program Pengantarabangsaan dan Kunjungan Balas ke Sekolah Tinggi Segamat  dan Kuala Lumpur. Para pelajar dari Kolej Amik Mitra Gama ini telah sampai di Melaka pada 3 April sebelum dibawa ke kawasan penginapan berhampiran Sekolah Tinggi Segamat. Pada malam tersebut juga telah diadakan program makan malam dan pertukaran budaya antara pelajar Sekolah Tinggi Segamat dan pelajar Kolej Amik Mitra Gama. Di Kuala Lumpur, pelbagai tempat menarik telah dilawati seperti Parlimen Malaysia, Ibu Pejabat SPR Malaysia, Multimedia University (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional Berhad (UNITEN). Program selama 4 hari 3 malam ini telah berjalan lancar dan memberi pelbagai manfaat kepada pelajar seperti dapat mengenal budaya baru dan mengukuhkan hubungan antara pelajar negara serantau.




Menjemput pelajar dan guru Kolej Amik Mitra Gama di Melaka










Majlis makan malam dan pertukaran budaya


Lawatan ke Multimedia University (MMU)

Lawatan ke UNITEN



Menghantar pelajar dan guru dari Kolej Amik Mitra Gama ke Indonesia di Melaka

No comments:

Post a Comment