USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Wednesday, 10 August 2016

MAJLIS PEMBUBARAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRA U SESI 2015/2016

  Pada 9 Ogos 2016, Majlis Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Pra U ( MPPPU ) sesi 2015/2016 Sekolah Tinggi Segamat telah berlangsung di Dewan Terbuka Sekolah Tinggi Segamat. Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa MPPPU 2015/2016 sekaligus menguar-uarkan pelantikan Jawatankuasa baru bagi sesi 2016/2017 melalui pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.
            

Majlis berlangsung dengan lancar dengan pengenalan semula ahli-ahli MPPPU sesi 2015/2016 oleh Pengerusi MPPPU, Tan Hong Kin. Beliau juga berharap agar jawatankuasa yang bakal dilantik tidak lama lagi lebih berkepimpinan berbanding mereka dan membawa prubahan yang baik buat tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Segamat. 


BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRA U SEKOLAH TINGGI SEGAMAT SESI 2015/2016




Sehubungan dengan itu, notis makluman berkenaan tarikh dan undang-undang pilihan raya tingkatan 6 Sekolah Tinggi Segamat telah ditampal di sekitar Dewan Terbuka dan kelas-kelas tingkatan 6. Penamaan calon akan berlangsung pada 16 Ogos 2016 manakal pengundian akan berlangsung pada 6 September 2016.


STS SENTIASA MAJU . BE UP AND DOING .

No comments:

Post a comment