USAHA TERBAIK HASIL BERKUALITI MPPPU SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

Wednesday 8 April 2020

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TINGKATAN 6 SEKOLAH TINGGI SEGAMAT

PILIHAN RAYA MPPT6 SEKOLAH TINGGI SEGAMAT SESI 2019/2020



Pada 21 Ogos 2019 telah diumumkan bahawa kempen pilihan raya bagi MPPT6 Sekolah Tinggi Segamat bagi sesi 2019/2020 telah bermula sehingga 26 Ogos 2019. Calon yang bertanding menampal carta organisasi dan manifesto setiap parti. Hari mengundi pula berlangsung pada 27 Ogos 2019. Pengumuman rasmi MPPT6 sesi 2019/2020 dan majlis perlantikan dijalankan pada 2 September 2019. Terdapat 2 buah parti yang bertanding iaitu Parti Pewaris Keramat dan Parti Reformasi Pelajar. Parti Pewaris Keramat telah memenangi pilihan raya ini dengan mendapat 98 undi manakala Parti Reformasi Pelajar mendapat 74 undi.

AKTIVITI KOKURIKULUM MPPT6

CERAMAH PENGURUSAN STRESS DAN KECEMERLANGAN EMOSI





Pada 6 Ogos 2019, MPPT6 Sekolah Tinggi Segamat telah mengadakan program ceramah pengurusan stress dan kecemerlangan emosi bertempat di dewan terbuka STS. Ceramah ini telah disampaikan oleh seorang pegawai psikiatri dari Hospital Segamat. Ceramah ini diadakan untuk membantu para pelajar dan guru tentang cara menangani stress dengan betul.

AKTIVITI MPPT6

PROGRAM PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PELAJAR YANG MEMILIKI REKOD KEHADIRAN PENUH



 Pads 15 April 2019, MPPT6 STS telah mengadakan program penyampaian cenderamata kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 yang memiliki rekod kehadiran penuh sepanjang semester 1. Program ini diadakan untuk memberi dorongan dan semangat kepada para pelajar untuk sentiasa hadir ke sekolah dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

AKTIVITI KOKURIKULUM MPPT6

PERTANDINGAN "RUNNING MAN" TINGKATAN 6 


Pada 9 Julai 2019, MPPT6 Sekolah Tinggi Segamat telah mengadakan pertandingan "Running Man" yang bertempat di Padang Batu Hampar, Segamat. Pertandingan ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar. Justeru, dengan penganjuran ini diharapkan para pelajar dapat bergembira dan berana seronok sambil menyihatkan badan. Objektif pertandingan ini diadakan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial dan mengeratkan hubungan antara pelajar.

AKTIVITI KOKURIKULUM MPPT6

PROGRAM TAYANGAN VIDEO KEMANUSIAAN



Pada 21 Mei 2019, Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 Sekolah Tinggi Segamat (MPPT6) telah mengadakan aktiviti tayangan video kemanusiaan yang diadakan di Dewan Carnation Sekolah Tinggi Segamat. Aktivi ini diadakan bertujuan untuk memberi semangat dan didikan moral kepada para pelajar melalui tayangan video yang berkisarkan tentang kemanusiaan.

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN

LAWATAN KOLEJ AMIK MITRA GAMA KE SEKOLAH TINGGI SEGAMAT DAN KUALA LUMPUR



Friday 6 September 2019

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2019

Sambutan Tahun Baru Cina 19 Februari 2019



Pada tarikh 19 Februari 2019, MPPT6 Sekolah Tinggi Segamat telah mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina peringkat sekolah untuk sama-sama meraikan Tahun Baru Cina dalam kalangan semua kaum pelajat dan guru-guru Tingkatan 6. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Tinggi Segamat, Pn. Rohaya Binti Md Zin dan perjalanan majlis ini berjalan lancar seperti yang diharapkan.